Piagam Sekolah

1.Memastikan system pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi pendidikan negara.

2.Menjalankan tugas dengan cekap, berkesan dan amanah sepanjang masa.

3.Mewujudkan murid-murid yang berdisiplin, bertoleransi, liberal dan progresif.

4.Meningkatkan dan memperkembangkan potensi, bakat, berkebolehan serta daya kreatif murid supaya mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

5.Memastikan setiap murid mendapat didikan, layanan yang sempurna serta adil tanpa mengira latar belakang mereka.

6.Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang harmoni, selesa dan selamat.

7.Memastikan kami sentiasa peka dan repunsif kepada kehendak dan keperluan murid, masyarakat dan negara.

8.Memastikan murid-murid menguasai kemahiran pembelajaran sekolah rendah dan menyediakan mereka ke sekolah menengah.

9.Mengadakan pemulihan, bimbingan dan kaunseling bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran.

10.Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat,cadangan,syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.